Monday, December 27, 2010

Bila anak tak mahu ke sekolah!

Ketika menjelang hari-hari persekolah, muncul pelbagai-bagai gelagat anak-anak. Ada yang teruja untuk pergi sekolah, ada yang malu-malu kucing, ada yang takut-takut dan ada juga yang tidak mahu langsung ke sekolah.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bersemangat untuk ke sekolah, sungguh ia amat membahagiakan kerana anak-anak seperti itu mudah sahaja diurus. Bangun pagi tidak perlu dikejut, memakai baju dengan senyum di bibir, sarapan tidak perlu disuruh, selepas itu meluru laju ke kenderaan sambil menjerit memanggil ayah agar cepat menghantar mereka ke sekolah.

Tetapi bagi ibu bapa yang berhadapan dengan anak yang takut-takut atau tidak mahu ke sekolah, ia pasti memeningkan malah mungkin juga membuat ibu bapa tidak sabar dengan berbagai karenah. Mereka mungkin sahaja pagi-pagi lagi akan menangis, tidak mahu mandi, tidak mahu memakai baju, bahkan mungkin juga akan terjadi aksi tarik-menarik tatkala ibu bapa meminta anak-anak  masuk ke dalam kenderaan. Aduhai, sungguh memenatkan dan menguji kesabaran!


Perasaan tidak selamat

Sekiranya anak-anak sejak pagi lagi sudah menangis, ini kerana mereka didorong oleh perasaan tidak selamat untuk meninggalkan rumah. Mereka sudah terlalu selesa dengan keadaan dan persekitaran rumah dan boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka. Mereka boleh bermain dan makan tanpa mengikut peratuan.

Tadika merupakan tempat yang sangat asing bagi anak-anak. Mereka juga mungkin tidak selesa dengan guru dan rakan-rakan yang tidak pernah dikenali, lantas menimbulkan rasa tidak selamat dikalangan anak-anak.

Tambahan pula, anak-anak akan merasakan bahawa mereka tiada tempat berlindung atau tempat mengadu sekiranya berlaku apa-apa pada diri mereka.

Oleh itu, antara langkah yang boleh ibu bapa lakukan adalah mendakap anak-anak dengan penuh kasih sayang sebelum meninggalkan anak di kawasan tadika. Beri kata-kata perangsang kepada mereka, kemudian beri lambaian setelah menyerahkan anak kepada guru tadika.

Bagaimana jika anak menangis? Jangan hampiri, teruskan perjalanan anda, beritahu kepadanya bahawa anda akan mengambilnya setelah tamat sesi pembelajaran. Menangis hanya ingin menguji emosi anda. Sekiranya anda berlembut dan menunggu ia akan mengambil masa yang lama untuk mereka menyesuaikan diri.

Ibu bapa seharusnya perlu ada keyakinan diri dan berkeras hati untuk melawan emosi simpati kerana tangisan anak. Anggaplah itu satu cabaran baginya untuk berdikari dan berilah kepercayaan kepada guru untuk meredakan emosinya.

Budaya menunggu anak selalu terjadi apabila perasaan takut menghantui pemikiran ibu bapa. Sebenarnya ibu bapa sendiri yang merancang dan menentukan kesediaan anak untuk ke tadika. Jika hari ini anda bersimpati dan kasihan melihat anak menangis, ini akan membuatkan anda menunggu anak seharian di tadika. Keesokan hari, perkara yang sama akan terjadi, dan lama-kelamaan anda akan merasa tidak seronok kerana ia sesuatu yang membebankan kerana banyak kerja yang tertangguh.

Sebaliknya jika anda meninggalkan anak kepada guru, anak anda akan lebih cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Anak anda akan belajar memberi kepercayaannya kepada guru. sebenarnya, tangisan mereka tidak memakan masa yang lama sekiranya ditangani oleh guru yang terlatih dan berpengalaman.

Sekiranya anda risau, dapatkan nombor telefon tadika dan bertanyalah hanya selepas sejam anda meninggalkan anak. Biasanya anda akan mendapat laporan yang positif. Tapi awas! Jangan sesekali bercakap dengan anak anda melalui telefon, kerana kemungkinan emosinya yang sudah stabil akan berkocak semula. Percayalah bahawa guru akan memberi laporan yang benar lagi telus! :)

Apabila anak anda pulang, berikan pujian kerana berjaya berada di tadika. Kata-kata perangsang sangatlah penting untuk si kecil itu pergi ke tadika lagi untuk keesokan harinya. Sediakan juga hati dan perasaan anda untuk mendengar segala pengalaman anak anda pada hari pertama persekolahannya. Beritahu kepadanya bahawa anda sangat bangga dengan pencapaiannya.

Sekiranya anak-anak mengulangi perkara yang sama (menangis) pada hari berikutnya, ulangilah apa yang anda lakukan pada hari pertama, Insya Allah dalam masa dua tiga hari dia akan mula terbiasa dengan rutinnya.

Tidak cukup tidur

Di samping itu, anak-anak yang tidak biasa bangun tidur di awal pagi akan merasakan tidurnya terganggu. Mengantuknya belum hilang, maka proses persediaan ke sekolah merupakan perkara yang amat menyeksakan mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya dua tiga minggu sebelum sekolah bermula ibu bapa haruslah melatih anak-anak tidur awal dan bangun awal agar hari pertama persekolahan bukan hari yang menyakitkan buat anak-anak dan hari yang memeningkan buat ibubapa.

Oleh itu, semua ahli keluarga perlu berkorban dan bekerjasama untuk mengurangkan menonton pada waktu malam. Galakkan anak tidur awal dan sentiasa berkata kepada anak anda "Mulai sekarang, aina kena tidur awal supaya mudah bangun pagi kerana aina akan ke sekolah tidak lama lagi..."

Ibu bapa perlulah memberikan persedian secara mental dan fizikal kepada anak supaya anak-anak mudah menerima hakikat bahawa mereka akan melalui fasa baru di dalam hidup mereka.

Sikap anak-anak amat bergantung kepada bagaimana ibu bapa melayani mereka. Maka jadilah ibu bapa yang hebat supaya anak anda akan menjadi lebih hebat. Selamat menyambut tahun baru dengan pengalaman yang indah dan bermakna!Mudah-mudahan tahun 2011 ini akan terus bersinar dengan kejayaan yang lebih gemilang...

4 comments:

Unknown said...

Salam...saya baru menghantar anak saya ke tadika secara fulldays...hari ini adalah hari yang kedua. Tetapi semalam di waktu tengahari, saya pergi ke tadika untuk meninjau,tetapi anak saya seakan2 tahu kehadiran saya dan terus menangis walaupun tanpa melihat saya.ketiaka itu anak saya sedang ditidurkan oleh gurunya. jadi, guru tersebut memberi pilihan samada kpd saya samada tidurkan anak atau pun membawa pulang anak memandang baru 1st day. tetapi hari yang kedua (hari ini), pagi lagi anak saya bgn tidur terus cakap taknak pegi sekolah, hati ni terus jadi risau yg sgt2 tapi dlm waktu yg sama, anak saya tetap bersiap2 untu ke sekolah cuma bila sebut pegi sekolah (terus menangis) aduyai..puas jugak pujuk..dlm perjalanan..ok jek...tapi bila sampai sekolah, nmpk teacher...terus nangis sedih2...so saya dan suami layan2 kejap sehingga anak leka bersama gurunya, terus kami berdua lari masuk ke kereta. Soalannya:
Adakah akan memberi impak yg tidak baik kepada anak saya kerana kami pergi dengan cara begitu? tanpa melambai2 kepada anak seperti yg blogger sarankan.

Anonymous said...

Tips yg baik...mohon share ya

dee said...

Mohon share... Sgt membantu..
Salam kenalan;)

randymacartney said...

Casino Review: Bonuses and Promotions at JTVB
JTVB 구리 출장마사지 mobile casino review: Find out 아산 출장샵 the 충청남도 출장안마 latest promotions, slot games, banking and more. We'll also show you 여수 출장샵 when new 영천 출장안마 players have a chance to