Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru..

Bila kita sebut hari guru, mesti kita bayangkan guru-guru tadika kita, guru-guru sekolah rendah kita, guru-guru sekolah menengah kita, pensyarah-pensyarah kita. Sedangkan ramai lagi manusia lain yang pernah jadi guru kita tapi kita tak ingat pun kepada mereka.

Mak kita yang mengajar kita memasak dan menjahit itu adalah guru kita.

Ayah yang mengajar kita menunggang basikal juga guru kita

Kakak yang mengajar kita mengemas rumah adalah guru kita

Abang yang mengajar kita lumba lari adalah guru kita

Kawan-kawan yang bantu kita ketika kita tak berapa faham pelajaran dalam kelas pun adalah guru kita

Nenek yang mengajar adab sopan adalah guru kita

Atuk yang bercerita tentang sejarah adalah guru kita

Bahkan anak kecil yang kadang-kadang menegur kesalahan kita juga adalah guru kita

Ramai di keliling kita adalah guru kita...

tetapi jarang sekali kita menghargainya...

Guru tidak hanya kepada yang bergelar guru secara rasminya...

tetapi orang-orang disekeliling kita juga guru kerana merekalah yang mengajar kita erti kehidupan...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG PERNAH SINGGAH DALAM HIDUP SAYA, WALAUPUN AJARANNYA HANYALAH CARA MENGIKAT TALI KASUT!

Thursday, May 6, 2010

Melangkah ke peringkat zon!

Wajah ceria kumpulan Shoutul Ikhlas... Tahniah kerana berjaya ke peringkat zon!


Alhamdulillah pada jumaat yang lalu 30 April 2010, telah berlangsung Karnival Seni NAZIM. Pada  majlis  tersebut telah diadakan pertandingan Nasyid, bercerita dan hafazan.

Sebanyak 8 kumpulan nasyid telah berentap memperlihatkan kehebatan masing-masing. Akhirnya rezeki menyebelahi kumpulan Shoutul Ikhlas dari Tadika Nursyifa.

Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan dan guru pembimbingnya Ustazah Syahirah.

Selain daripada itu, wakil dari tadika Nursyifa juga merangkul Naib juara (Muhammad Arif b Shahabudin) dan tempat ketiga (Khairina bt Shahabudin) di dalam pertandingan hafazan. Tahniah kepada dua beradik ini.

Apa-apa pun, syukur kerana kemenangan ini. Doa-doakan agar kita berjaya di peringkat zon dan seterusnya dapat melangkah ke peringkat pusat... Amin...