Sunday, January 24, 2010

Swimming Class




Asslamualaikum w.b.t




Pengumuman! Pengumuman!


Tadika Nursyifa dengan kerjasama guru renang dari Hotel PJ, Jitra akan mengadakan 15 sesi belajar berenang kepada pelajar-pelajar Tadika Nursyifa dan pelajar transit Tadika Nursyifa.

Butiran berkenaan dengan Kelas Renang tersebut adalah seperti berikut:

Yuran pendaftaran : RM 30.00

Yuran Kelas Renang : RM 150 (15 sesi)

Hari : Selasa dan Rabu

Waktu Latihan : 4 - 5 petang

Umur : 6 Tahun ke atas


Tempat : Kolam Renang, Hotel PJ, Jitra

Pengangkutan dari Tadika Nursyifa (Taman Suria) -Hotel PJ (pergi balik) : RM 45
Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi Tadika Nursyifa segera.

Tuesday, January 12, 2010

Ilmu kebal

"RM 0 Sepi? Masa terhad shj. Nikmatilah kejadian perhubungan pasangan yang aneh & hebat dibilik kawan saya semalam. Taip ON ION htr msg ke XXXX"



Saya mengurut dada setiap kali mesej yang sebegini diterima dalam peti masuk telefon saya. Setiap kali itu jugalah mulut saya mengucapkan istighfar kepada Allah s.w.t. Berulang-ulang kali.



Hati saya resah. Jiwa saya ditebak gelisah. Ya Allah... Mudah benar umat akhir zaman ini dijengah maksiat. Tak perlu diundang, tak perlu dicari, ia datang sendiri. Ia hadir bukan sekali malah berkali-kali.



Kadang-kadang saya diamuk marah lantaran mesej yang sebegini. Tak mampu melakukan apa-apa. Hati saya memberontak! Bimbang!



Kebimbangan saya bukan untuk orang yang boleh menolak mesej begini dengan menekan 'delete'. Tapi saya bimbang jika ada dan pastinya ada insan yang menerima dan membalas mesej sebegini. Membalas untuk menerima tawaran tersebut. Menerima mungkin untuk mencuba. Menerima mungkin untuk menyaksikan adegan-adegan panas tersebut. Na'uzubillah...



Kebimbangan saya juga terhadap anak-anak remaja diluar sana yang mudah tergoda dengan hasutan nafsu dan dunia. Sekarang hampir setiap anak remaja pasti mempunyai telefon sendiri. Jadi apa yang menghalangnya dari menerima mesej-mesej sebegini?



Saya berfikir sendiri, bagaimana harus saya dan kita semua lakukan agar anak-anak muslim terselamat dari bencana ini?



Bagaimana?



Ajarkan anak kita kemahiran memilih. Kemahiran memilih yang baik dan menolak yang tidak baik. Ya... kita perlu mengajar mereka ilmu ini!



Jika di tanya kepada diri kita. Mampukah kita memantau 100% pergerakan dan perbuatan anak-anak kita? Mustahil!



Kita mungkin mampu memeriksa peti masuk dan keluar mesej dalam telefon anak-anak kita. Tapi kita tidak mampu memeriksa mesej yang telah dipadamkan.



Kita tidak mampu dan kita tak akan mampu berada bersama anak-anak kita setiap masa dan setiap detik. Maka kita perlu menjadikan mereka rasa bahawa ada yang sentiasa mengekori mereka. Ada yang sentiasa melihat mereka.



Ada ALLAH yang sentiasa bersama mereka.



Dengan merasa kehadiran Allah dalam kehidupan, barulah mereka tahu membuat keputusan. Keputusan untuk memilih. Keputusan untuk menerima atau menolak sesuatu. Itu lah sahaja jalan mengelakkan anak-anak kita terjerumus ke kancah maksiat.



Dalam dunia teknologi yang canggih-canggih kini. Sumber kejahatan ada dimana jua. Bukan sahaja diluar, bahkan di dalam bilik tidur pun mudah sahaja ia menjengah. Tiadalah kuasa lagi kita menghalangnya.



Hanya diri sendiri lah benteng yang paling ampuh. Jika benteng ini kuat dengan keimanan dan ketaqwaan. Insya Allah akan selamatlah jiwa dan raga dalam menempuh kehidupan ini.



Jika benteng yang ada umpama sarang lelabah maka mudahlah ia dirempuh dengan berbagai anasir-anasir yang buruk dan jelek.



Oleh itu, sama-sama kita bekalkan anak-anak kita dengan ilmu kebal ini. Agar

Monday, January 4, 2010

Sekitar hari-hari pertama persekolahan

Nyum... Nyum... Sedapnya bihun tomyam!

Seronoknya main dengan kawan-kawan!


Peace!

Anak-anak begitu asyik bermain, sampai senget-senget badan!

Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana sesi persekolahan yang bermula pada hari Ahad 3 Januari 2010 berjalan dengan begitu lancar.

Walaupun ia diwarnai dengan berbagai reaksi dan gelagat yang penuh emosi. Namun semuanya dapat dihadapi dan ditangani dengan baik oleh ibu bapa dan guru-guru.

Bukan sedikit yang menangis, tetapi berjaya ditenangkan hasil pengalaman guru-guru yang berpengalaman. Memujuk anak-anak yang sedih ditinggalkan ibu bapa, menenangkan anak-anak yang meraung-raung kerana persekitaran yang berbeza, dan ada juga anak-anak yang macho dan selamba.

Ramai juga yang terpaksa dipujuk tatkala ibu bapa datang menjemput. Bukan kerana tak betah di tadika tetapi tidak mahu pulang ke rumah. Mungkin belum puas berkenal mesra dengan rakan-rakan baru, mungkin juga belum puas bermain-main dengan permainan baru.

Tiadalah ucapan yang mampu saya ungkapkan melainkan tahmid dan takbir lantaran kesyukuran dapat bertemu anak-anak comel ini.

Anak-anak yang bersih dan indah bak permata. Insya Allah akan kami gilap potensi dan kelebihan anak-anak ini. Biar bersinar bak cahaya, menerangi alam buana.