Usah biarkan waktu berlalu begitu sahaja. Programkan anak kita dengan aktiviti yang berfaedah. Mudah-mudahan ia akan merapatkan hubungan kita dengan anak dan anak juga akan merasa gembira dengan aktiviti baru ini. Kita pula tidaklah sakit kepala melihat anak hanya menghadap televisyen...
Aktiviti 1
Apa yang diperlukan
- bola ping pong
Cadangan aktiviti
- Meniup bola ping pong. Perlukan 2 orang duduk saling berhadapan. Untuk pusingan pertama, peserta A meniup bola untuk sampai ke tempat peserta B, dan peserta B perlu menghalang bola tersebut daripada sampai ketempatnya dengan meniup kembali bola tersebut ke tempat peserta A. Markah boleh dikira mengikut berapa kali peserta dapat menembusi pihak lawan.
- baling bola ke dalam bakul atau baldi
Aktiviti 2
Apa yang diperlukan
Belon
Cadangan aktiviti
- Biarkan anak-anak bermain dengan belon
- lambung belon ke atas dan pastikan belon tidak mencecah ke tanah. Lihat berapa lama anak-anak boleh bertahan
- Ikat seutas tali antara 2 pokok, (Jika tak ada pokok, tiang tempat letak kereta di rumah pun boleh) pukul belon melepasi tali tersebut sepeti bermain bola tampar.
Apa yang diperlukan
Botol berbagai saiz dan penutup sekurang-kurangnya 10
Cadangan aktiviti
- Minta anak-anak padankan botol dengan penutup
- Minta anak-anak padankan botol dengan penutup dengan kiraan masa terpantas
- Minta anak-anak padankan botol dengan penutup dengan menutup mata.
Selamat mencuba! Moga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment