Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru..
Bila kita sebut hari guru, mesti kita bayangkan guru-guru tadika kita, guru-guru sekolah rendah kita, guru-guru sekolah menengah kita, pensyarah-pensyarah kita. Sedangkan ramai lagi manusia lain yang pernah jadi guru kita tapi kita tak ingat pun kepada mereka.
Mak kita yang mengajar kita memasak dan menjahit itu adalah guru kita.
Ayah yang mengajar kita menunggang basikal juga guru kita
Kakak yang mengajar kita mengemas rumah adalah guru kita
Abang yang mengajar kita lumba lari adalah guru kita
Kawan-kawan yang bantu kita ketika kita tak berapa faham pelajaran dalam kelas pun adalah guru kita
Nenek yang mengajar adab sopan adalah guru kita
Atuk yang bercerita tentang sejarah adalah guru kita
Bahkan anak kecil yang kadang-kadang menegur kesalahan kita juga adalah guru kita
Ramai di keliling kita adalah guru kita...
tetapi jarang sekali kita menghargainya...
Guru tidak hanya kepada yang bergelar guru secara rasminya...
tetapi orang-orang disekeliling kita juga guru kerana merekalah yang mengajar kita erti kehidupan...
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG PERNAH SINGGAH DALAM HIDUP SAYA, WALAUPUN AJARANNYA HANYALAH CARA MENGIKAT TALI KASUT!
No comments:
Post a Comment