Aduan-aduan sebegini memang selalu saya terima. Guru-guru memang selalu berbincang dengan saya jika ada pelajar-pelajar yang bermasalah.
Pelajar-pelajar sebegini selalu kami temui. Kadang-kadang masalahnya biasa, ada juga yang kritikal. Keadaan ini berlaku biasanya ada beberapa faktor.
- Pelajar ini tidak memahami arahan tersebut.
- Pelajar tidak mendengar arahan yang diberikan (mungkin suasana bising atau tidak memberi tumpuan)
- Pelajar tidak mengetahui bahawa apa yang dikatakan oleh guru tersebut adala satu arahan yang perlu dilaksanakan.
- Tiada pendedahan mengikut arahan di rumah atau di tempat asuhan.
- Anak-anak terlalu di'manja'kan- terlalu membantu anak-anak menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari.
- Tidak dapat memberi tumpuan atas apa yang telah dikatakan.
- Tiada keyakinan diri kerana hasil kerja atau usahanya sering diperlekehkan oleh orang sekeliling
- Tidak berdikari - semua yang hendak dilakukan memerlukan bantuan orang sekeliling.
- Tiada keyakinan diri - kerap membetulkan apa yang telah dibuat (contohnya: memadam tulisan berulang kali walaupun apa yang ditulis itu betul) atau tidak berani melakukan apa-apa tugasan.
- Tidak faham arahan- maka menyukarkan proses pembelajaran kerana dalam sesi pembelajaran itu pastinya ada arahan-arahan contohnya 'warnakan gambar dibawah dengan warna hijau'.
- Latih si kecil untuk mengikut arahan-arahan mudah. Sebagai contoh: "Afiq, tolong ambil buku tu.", "Aina, tolong susun kerusi ni." Arahan seperti ini perlulah kerap. Pastikan anak-anak melaksanakan arahan tersebut. Jika dia masih kelihatan kaku, tunjukkan bagaimana nak ambil buku itu, kemudian letak semula dan suruh pelajar itu ambil. Buat berulang kali sehingga dia peka dengan arahan dan boleh mengikutnya.
- Jika anak tersebut tidak memberi tumpuan tentang apa yang kita suruh. Letakkan dia di atas paha anda dan katakan kepadanya arahan kita tadi. Ulang beberapa kali dengan jelas, kemudian minta dia lakukan. Perkara sebegini perlulah dilatih sehingga anak ini mudah menerima dan melaksanakan arahan kita.
- Jangan marah atau membebel. Jika kita berbuat demikian ia hanya akan memenatkan kita dan menghilangkan mood anak itu dan juga mood kita. Anggap sahaja yang dia belum faham apa yang kita nak dia lakukan. Hanya ulang arahan tersebut dan tunjukkan bagaimana dia dapat buat perkara itu.
- SABAR! Jika anak itu tidak mengikut arahan anda sekali maka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tak mengikut arahan anda 10 kali maka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tidak mengikut arahan anda 100 kali maka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tidak mendengar arahan anda 1000 kali maka sabar, ulanglah lagi. Tak kira berapa kali anda ulang arahan itu, maka sabarlah, satu hari nanti dia pasti akan faham dan melaksanakannya. Jadi SABAR lah! Insya Allah usaha anda pasti akan ada ganjaran disisi Allah.
No comments:
Post a Comment