Monday, January 4, 2010

Sekitar hari-hari pertama persekolahan

Nyum... Nyum... Sedapnya bihun tomyam!

Seronoknya main dengan kawan-kawan!


Peace!

Anak-anak begitu asyik bermain, sampai senget-senget badan!

Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana sesi persekolahan yang bermula pada hari Ahad 3 Januari 2010 berjalan dengan begitu lancar.

Walaupun ia diwarnai dengan berbagai reaksi dan gelagat yang penuh emosi. Namun semuanya dapat dihadapi dan ditangani dengan baik oleh ibu bapa dan guru-guru.

Bukan sedikit yang menangis, tetapi berjaya ditenangkan hasil pengalaman guru-guru yang berpengalaman. Memujuk anak-anak yang sedih ditinggalkan ibu bapa, menenangkan anak-anak yang meraung-raung kerana persekitaran yang berbeza, dan ada juga anak-anak yang macho dan selamba.

Ramai juga yang terpaksa dipujuk tatkala ibu bapa datang menjemput. Bukan kerana tak betah di tadika tetapi tidak mahu pulang ke rumah. Mungkin belum puas berkenal mesra dengan rakan-rakan baru, mungkin juga belum puas bermain-main dengan permainan baru.

Tiadalah ucapan yang mampu saya ungkapkan melainkan tahmid dan takbir lantaran kesyukuran dapat bertemu anak-anak comel ini.

Anak-anak yang bersih dan indah bak permata. Insya Allah akan kami gilap potensi dan kelebihan anak-anak ini. Biar bersinar bak cahaya, menerangi alam buana.

No comments: